' EXAM ' dan perpisahan ini
Saturday, November 7, 2009 by Perjalanan Seorang Aku
Bismillahwalhamdulillah,
Aku terasa sedih dengan perpisahan ini,namun yang pergi tetap pergi,yang hidup pasti mati,ku pasrah,ku redha ku syukur.Apatah lagi hubunganku dengan dia amatlah rapat.Aku masih lagi teringat kali pertama bertemu muka dengannya dua tahun yang lepas di sebuah kedai berhampiran Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman.Pertemuan itu menyebabkan lahirnya rasa cintaku padanya.Aku disyorkan oleh sahabatku Hazim untuk menyunting dirinya.Dengan itu,mas kahwin rm1900++,aku menjadikan ia halal bagiku.

Dua tahun lebih perhubungan kita terjalin.Aku sangat setia padamu.Aku menjaga dirimu dengan penuh perhatian.Engkau mengiringiku hampir setiap waktu,hampir setiap ketika bersama dengan langkahanku.Ikrar hidup semati pernah dilafazkan.
Namun hari ini tiba jua,pemergianmu pagi tadi tidak ku sangka.Sabar,itulah yang kuterima daripada sahabat-sahabat,jua daripada keluargaku.Mungkin jodoh kita tidak bertahan lama,mungkin jua di luar sana ada yang lebih cocok dengan diriku,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Engkau dalam kenangan,Acer Aspire 4530.
hehe,kepada pencuri laptopku,ketahuilah bahawa kamu sangat-sangat rugi..hehe..kenapalah tak ambil adapter sekali?hehe..Ya ALLAH,berikanlah hidayah dan petunjukMU kepada pencuri laptopku,berilah keampunan kepadaNYA...
P/s : Pagi tadi,2 buah laptop hilang kat 1.8 dan 4.8 ,E Bilal.Kepada rakyat UIAM,pastikan anda sentiasa berwaspada dengan barangan anda di musim "curi" nie..

sabar abg nik,mungkin lepas nie dapat laptop lagi elok
sabar nik..
dh bkn rezeki..
jodoh x berpanjangan..
doakan moga2 pencuri tu di bukakn hati utk terima hidayah Allah..
kerap diuji tanda makin disayangi!
maka, syukur itu perlu..
~tahniah & takziah~
hang bek sangat pasai apa..huhu..kawan hang jah yang curik tue..jgn pcya sgt,kwn leh makan kwn..
salam..meletakkan gambar perempuan tapi tak berkaitan..agak kreatif..
This post has been removed by the author.
diuji dengan kehilangan,
diberi apa yang perlu,
ALLAH MAHA ADIL,
ujian datang, pahala diberi...
~ Syukur ~